AWAS! 5 PETANDA SHUBEN MULA MENCARI YANG LAIN

Bila sudah berumahtangga ni, salah satu perkara
yang paling ditakuti isteri ialah apabila dapat terhidu bau-bau suami curang.  
Setiap perkahwinan pasti ada ujian,
sama ada besar ataupun kecil.
Sudah menjadi hal biasa dalam setiap
ikatan perkahwinan pasti ada masalah yang hadir. 
Yang membezakan adalah
cara kita mengendalikan masalah tersebut.

Namun jika hati suami sudah mula terpikat
dengan wanita lain sudah semestinya kita tidak dapat tidur atau melakukan
pekerjaan dengan senang. Seperti ada sahaja yang menggangu. 

Sebelum berlakunya perkara yang tak diingini,
kita mestilah dapat menghidu tanda-tanda suami
mula cari lain.

Jadi jom baca 5 petanda suami mula berubah angin.

1. Suami Berubah Mementingkan Penampilan Diri Secara Tiba-Tiba

Perasan tak ?
sebelum ni kalau nak pergi kerja,
dia tak kisah pun
kita sediakan pakaiaan yang macam mana. 
Sebab dia yakin dengan mata kita,
dia tahu kita mesti pilih gaya yang sangat sesuai
dan kemas dengannya.
tapi sejak dua menjak ini,
dia dah mula menukar cita rasa.

Mula-mula membeli pakaian baru,
kemudian perfume baru, dan yang paling jelas
dah mula nak uruskan pakaian sendiri,
kalau sebelum ni dia harapkan kita je.
Ini kerana dia sudah ada mata lain yang ingin di tawan.

So kita kena hidu dulu perbuatan ini
sebelum dia sangkut dengan wanita lain.

2. Terlalu Berahsia Dengan Telefon Atau Media Sosial

ini paling ketara, jarang lelaki nak pakai password bagai sebab bagi mereka ini agak melecehkan.
Nak nak lagi
jika setiap akaun media sosial mempunyai password yang berbeza. Melainkan dia dah mula sorokkan sesuatu daripada isteri 
haa bila jadi mcm ni isteri kena cuba test suami,
sudi atau tak suami nak kongsi password dengan isteri.

Kalau dia tak bagi ini kena hati-hati. 
Sila selidik sampai jumpa bukti ! yang paling bahaya
bila suami cuba menukar password tiap kali isteri dah tahu.

Jangan berdiam diri ya !

jika rahsia ini bukan berkenaan berhubung dgn wanita lain pun, kita tak nak
suami ada berbuat perkara yang tidak sepatutnya
di sosial media berkunci itu
seperti menyimpan gambar perempuan seksi
atau group berkumpul dengan rakan-rakan nakal mereka.

Fakta mengatakan 43% suami diluar sana meletakkan password di telefon bimbitnya 
atas sebab ingin mengelakkan daripada kantoi perbuatan tak baiknya dengan si isteri.

3. Suami Dah Mula Kurang Meluahkan Perasaan Atau Berkongsi Masalah

Dulu masa mula-mula kahwin,
sikit-sikit nak cerita sampaikan
rakan sekerja bergosip pun nak kongsi dengan isteri. Kalau kita teruja nak dengar,
dia lagilah suka sampai panjang lebar berkongsi.

Tapi sekarang, 
sudahlah dia tak nak bersembang dengan kita,
bila bergaduh, dia tak berusaha pun
untuk selesaikan masalah. Malahan lagi biarkan kita pula yang memujuk dan usaha leraikan masalah.

Nampak sangat dia dah malas layan kita kan?

Tapi bila dah jadi macm ni,
jangan ikut hati nak merajuk cari gaduh pula. 
cuba pujuk elok-elok, 
cakap elok2 manja-manja sikit dh suami tu
sebab lelaki ni paling suka bila dimanjakan.
macam budak-budak ! huhu

4. Suami Asyik Tidur Lewat

Pernah tak anda mengalami situasi
dimana anda akan tidur dulu sebelum suami?
Suami seolah-olah terlalu sibuk dengan kerja
sampai setiap malam asyik tidur lewat je.

Sebenarnya, itu mungkin petanda
yang dia ada sesuatu yang “disorokkan” dari anda. 
Nak sedapkan hati kita boleh berfikiran positif dengan
menganggap yang dia siapkan kerja
atau selesaikan urusan yang penting.

Biasanya orang yang mabuk bercinta ni akan
mula tersenyum, tersengih dan ketawa sendirian
seolah-olah sedang mengingati saat-saat manis bersama seseorang.

Apatah lagi jika tengok handphone,
baca mesej dan gelak sorang-sorang. Bahaya tu!
lebih baik anda pastikan betul-betul sama ada dia betul bekerja ada urusan penting
atau sebenarnya dia berchatting wanita lain
di laman sosial sampai dah taknak tidur sama?

Best ke walaupun kita tidur baring sebelah suami, 
tapi sebenarnya suami sedang bermesra dengan wanita lain di sosial media sampai tidur lewat?

5. Semakin Kurangnya Hubungan Intim

Tiada lagi aksi di Rajang yang boleh membuatkan anda tersenyum apabila mengenangnya ? 
Yang ada hanyalah seks yang boring dan seakan ingin cepat dilangsaikan..
hmm hati-hati ya! Ini amaran yang paling penting.

Masalah seksual selalunya menjadi isu terbesar dalam perkahwinan. 
Mengikut Jabatan Agama Islam Selangor, 
masalah seksual adalah antara punca lelaki curang tertinggi di Selangor 
atas kajian Lembaga PembangunanPendudukPerancangan dan Keluarga Negara yang mengatakan bahawa 
masalah seksualiti dalam kalangan pasangan di Malaysia merupakan punca lelaki curang.

Masalah ini berlaku apabila wanita telah melahirkan anak seperti masalah mahkota wanita, 
pengurusan masa untuk bersetubuh , kurang tenaga dan nafsu , dan lain-lain lagi .
Ramai wanita diluar sana menganggap masalah ini masalah kecil sahaja 
kerana apabila dibicarakan tentang masalah miss v, isteri terus nak melatah 
katanya suami hanya tahu seks sahaja.

Tapi ketahuilah , hanya dengan melalukan hubungan intim bersama sahaja secara tak langsung
dapat mengurangkan beban dan stress seharian antara pasangan.
Sama ada beban kerja atau krisis dalam rumahtangga.
Sudah semestinya rasa kemanisan berpasangan apabila kita menjaga hubungan antara satu sama lain.

Ingat ! sudah menjadi tanggungjawab isteri melayan suami. 
Jadi sangat penting bagi wanita diluar sana untuk menjaga
hubungan intim ini bermula dengan penjagaan miss v.

Jika anda mahukan tips rahsia menjaga miss v agar setiasa ketat dan disayangi suami. Boleh cuba baca di artikel ini –

PENUTUP

Akhir kata setiap isteri menginginkan hubungan yang bahagia dan harmoni. 
Artikel ini hanyalah bertujuan ingin membantu isteri mengesan dan menghidu
perbuatan-perbuatan yang lazim dilakukan oleh suami yang curang.

Dalam masa yang sama, isteri perlulah bijak dalam menyelesaikan masalah terlebih dahulu.
Si suami seperti yang kita ketahui memang tak suka bila isteri melatah lebih dan membebel. 
Jangan terlampau ikutkan kata-kata orang
selidiklah terlebih dahulu.

Jika perkara ini benar berlaku, 
janganlah cepat melenting dan membuat keputusan
melulu. Berusahalah untuk memulihkan keadaan dengan cara berbincang atau jika sudah tiada jalan penyelesaian bersama, 
maka segeralah bawa masalah ini ke pejabat agama untuk sesi kaunseling.

Disini saya sertakan no tel pejabat jabatan agama islam yang boleh dihubungi
saya doakan semoga ianya bermanfaat untuk semua

Scroll to Top